Masih ingat ribut pasir yang menggelapkan siang hari di Makkah dan diri diberi keistimewaan oleh Allah untuk solat dalam hujan dihadapan rumahNya Kaabah. Hanya segelintir pada waktu itu merasainya.
Terpempang segalanya didepan mata. Burung burung yang mengelilingi kaabah sama geraknya seperti tawaf kami manusia. Mana datang 5-6 ekor burung hitam tersebut.
Aku tidak mencium hajar aswad kerana mengikut naluri Umar Al_Khattab ia hampir dibimbangi syirik. Esa....siapa yang tidak takut mengatakan tuhan itu dua. Esa dan sifatNya ini hendaklah selalu di perhatikan dalam diri. Kata Umar kalaulah nabi tidak mengucup mu maka aku pun tidak akan melakukannya. Alhamdulillah dalam hati ku simpan harapan mengucup batu hitam dari syurga itu sekiranya daku ditakdirkan Haj disini...
Wednesday, September 20, 2006
Sejarah Hidup Ku dan Perantauan Ku...''My History and Wayfarer"
Apalah takdir ku Ya Allah? Ampunilah daku sehingga tidak tersisa satu dosa pun keatas diriku. Sudilah kiranya dikau memilih untuk membersihkan dan mengikhlaskan diriku. Sungguh daku terikat dalam perjanjian bertaat dengan mu. Ku pohon restu berkah mu ya Allah yg ku cintai lebih dari segala-galanya. Apalah takdir ku? Ayah ibu pimpimlah tangan ku berkat doa restu mu.
Sejarah
Hidup ini betullah seperti yang diibaratkan oleh orang orang sufi dan tarekat barangkali tentang ia berbentuk pelayaran dan iman dan takwa menjadi layar dan kemudi. Masyaallah Apalah takdir ku Ya Rabbi?
Kenangan sejarah ku yang paling manis adalah pemergian ku ke tanah suci Makkah seorang diri. Dari jauh nun sayaup sayup terangkak-rangkak berjalan seorang diri hanyalah yang tersisa dari diri ku seorang hamba kepada KhaliqNya.
Syahdu rasanya berbaur hiba bila mengaitkan diri dengan insan yang bernama Abu Dzar Al Ghiffari. Beliau ini yang dikatakan oleh nabi bahawa akan datang seorang diri dan mati seorang diri. *Panjang ceritanya.
Aku ketawa bahagia kadang kerna Dia Ooooooh Abu Dzar...dari mana datang kecintaan ku ini pada mu. Syukur yang hanya Allah Mengetahui.
Daku pernah keluar rumah sebelum dewasa ku dan hidup terpencil sebagai pelarian airmata...apa yang berlaku dahulu itulah yang membuat diriku hari ini. Sungguh tiada berfaedah sesuatu perjalanan tanpa taubat.

Subscribe to:
Posts (Atom)