Wednesday, September 20, 2006

Makkah Madinah

Masih ingat ribut pasir yang menggelapkan siang hari di Makkah dan diri diberi keistimewaan oleh Allah untuk solat dalam hujan dihadapan rumahNya Kaabah. Hanya segelintir pada waktu itu merasainya.

Terpempang segalanya didepan mata. Burung burung yang mengelilingi kaabah sama geraknya seperti tawaf kami manusia. Mana datang 5-6 ekor burung hitam tersebut.

Aku tidak mencium hajar aswad kerana mengikut naluri Umar Al_Khattab ia hampir dibimbangi syirik. Esa....siapa yang tidak takut mengatakan tuhan itu dua. Esa dan sifatNya ini hendaklah selalu di perhatikan dalam diri. Kata Umar kalaulah nabi tidak mengucup mu maka aku pun tidak akan melakukannya. Alhamdulillah dalam hati ku simpan harapan mengucup batu hitam dari syurga itu sekiranya daku ditakdirkan Haj disini...

No comments: